Pages

Thank you for being my friends :)

COPYRIGHT RESERVED


COPYRIGHT RESERVED
ALL OF THE PHOTOGRAPH HEREIN, UNLESS OTHERWISE NOTED, ARE COPYRIGHTED BY THE BLOG OWNER. NO PART OF THIS SITE, OR ANY OF THE CONTENT & PHOTO CONTAINED HEREIN, MAY BE USED OR REPRODUCED IN ANY MANNER WHATSOEVER WITHOUT EXPRESS PERMISSION OF THE COPYRIGHT HOLDER(S).

Friday, May 15, 2009

Zaifie In Keluarga Aug 2008





Ini adalah step-by-step membuat hantaran yang saya buat bersama Majalah Keluarga August 2008 (wartawan Zurina). Ambil gambar ni di butik saya di Cheras. Selepas bersama Keluarga Majalah Harmoni(wartawan kawan lama-Kak Ros) juga menampilkan saya untuk step-by-step hantaran. Ruangan step-by-step amat digemari pembaca. Malah ada di antara pembaca yang menghubungi saya bertanyakan bagaimana nak buat itu & ini.  He he... jadi cikgu la pulak... Sebenarnya saya telah lama terlibat di dalam membuat step-by-step hantaran ini. Sejak dari tahun 1998 lagi. Majalah pertama adalah Ibubapa (bersama Kak Ros jugak). Paling banyak saya terlibat menjayakan step-by-step ini bersama Jelita. Pertama keluaran tahun 2002 tak silap saya la... cover Nasha Aziz (wartawan Zunairah). Kemudian pada tahun 2004 cover Dato Siti Nurhaliza - sebanyak 18 ms! Wartawan yang handle masa tu Kak Jun. Dah letak jawatan dah! Sekarang pereka cup cake terkenal! Cerita selanjutnya dan gambar akan saya post kan nanti. Actually banyak lagi majalah dan akhbar yang pernah menyiarkan cerita saya (he he... glamer jugak aku ni...) Antaranya Berita Minggu Feminin Pesona Pegantin Ratu Sehari Sinar Harian Harian Metro. Dengan WHI TV3 pun ader. Ok jumpa lagi! Enjoy!! (Sorry tak de koma sebabnya anak-anak saya dah rosakkan keyboard... entah kali yang keberapa pun tak tau) 

No comments:

Related Posts with Thumbnails