Asyik story pasal wedding jer... jom kita sembang pasal kek pulak. Kalau cerita kek ni yang malatop sekarang siapa lagi kalau bukan cup cake artist terkenal Kak Jun from cupcakekasih. Tengah browse cupcakekasih ada pulak rupanya story pasal saya. He he... kepada Kak Jun, thank you so much for the write-up. Memang Harris suka sangat kek spongebob tu... kedekut tu, tak bagi orang lain makan kek dia. Kak Jun lah yang banyak menyiarkan rekaan hantaran saya di Majalah Jelita. Thank you kak sebab memperkenalkan saya ke dunia media cetak dan percaya dengan bakat saya yang tak seberapa ini. Di bawah ini posting from Kak Jun. Kepada bakal pengantin kalau masih tercari-cari wedding cake atau kek hantaran sila lah melawat cupcakekasih.
"Ini juga salah satu projek yang tak sempat saya upload lebih awal. Saya buat dua, tiga hari sebelum tahun baru lepas (tak ingat dah tarikhnya). Saya buat untuk kawan lama saya, Zaifi. Dia ni pakar buat hantaran perkahwinan. Saya suka tenguk hasil kerja tangan Zaifi yang penuh berseni, memang ada class. Ada ciri-ciri Inggeris. Masa tu saya masih lagi di majalah Jelita, jadi selalulah saya minta Zaifi buat rekaan terbaru hantaran untuk disirakan dalam majalah Jelita, terutama bila ada isu perkahwinan (nanti kalau saya jumpa halaman tu, saya rephoto n upload kat sini).
Tak sangka pulak, bila dah lima, enam tahun berpisah, kami berpeluang bertemu lagi kat laman siber. Zaifi yang ring ring saya. Dia terjumpa FP and blog saya. Rupa-rupanya sekarang dia dah jadi mama. Tahniah Zaifi. Saya ingat lagi masa last jumpa Zaifi dahulu, dia pernah bagi tau saya yang dia baru few weeks preggy.
(Zaifi, kalau terbaca ni, please give me your blog URL ya...boleh link kat sini)
Zaifi minta saya buat cake Spongebob. Memang saya pun sukalah kat kartun ni. Bagi saya, memang creator Spongebob ni seorang yang genius, sebab kartun ni yang paling kelakar dan kalau tak masuk akal pun tak apa, sebab dah tentu tentu benda ni kartun. Jadi dipendekkan cerita, sebab dah banyak kali tenguk, tau jugalah macam mana rupanya cake tu. Zaifi requested for moist chocolate cake and heavily decorated with fondant. Pineapple house pun made of chocolate cake tapifinishingnya kombinasi fondant dan royal icing. Saya cuma adjust size cake and perisanya saja. Dalam tiga, empat jam, saya dah dapat siapkan yang ini.
Kepada Zaifi, thanks for the order."
No comments:
Post a Comment