Pages

Thank you for being my friends :)

COPYRIGHT RESERVED


COPYRIGHT RESERVED
ALL OF THE PHOTOGRAPH HEREIN, UNLESS OTHERWISE NOTED, ARE COPYRIGHTED BY THE BLOG OWNER. NO PART OF THIS SITE, OR ANY OF THE CONTENT & PHOTO CONTAINED HEREIN, MAY BE USED OR REPRODUCED IN ANY MANNER WHATSOEVER WITHOUT EXPRESS PERMISSION OF THE COPYRIGHT HOLDER(S).

Saturday, August 15, 2009

Seminggu dalam kehidupan Wedding Planner

Kali ini saya ingin menceritakan seminggu dalam kehidupan wedding planner... Sibuk tau jadi wedding planner ni. Kadang2 makan pun tak sempat... he he... Lega rasanya semua tempahan pelanggan dapat kami sempurnakan. Tarikh 080809 & 090809 seakan dejavu kerana pada tarikh yang sama tahun lepas kesibukan nya hampir sama. Tahun lepas lagi la cantik tarikhnya 080808... Kami menerima 7 tempahan pelamin & 4 tempahan andaman. Pening jugak kepala menyusun atur jadual pemasangan pelamin. Hari isnin lagi sudah bermula fasa kesibukan kami - proses buka pelamin untuk job minggu sebelumnya. Tugas ini saya serahkan kepada team ZZC (Din, Izmir & Ijal). Rabu pasang pelamin di dua tempat - Afdzan (Bangi) & Suraya (Kajang). Khamis pula kami ke Rawang, ke rumah Shidot. Shidot buat pelamin berkembar, naik berdua ngan abang dia. Jumaat pagi pasang di Dewan Taman Ibu Kota (pelamin untuk Farah). Nasib la tempat Farah ni boleh masuk dewan awal... Kalau tak pening jugak kerana rumah Nona di Bandar Tun Razak hanya boleh masuk petang sebab belah paginye sibuk dengan pasar. Jadi saya tukarkan jadual pemasangan mereka. 


Lisa, Izmir, Ayip & Ijal di Dewan Perdana Felda (Pelamin Yaya 120809)


Persiapan untuk ke Rawang... berpuluh kali cek list barang takut tertinggal!

Haa... Hari Sabtu paling giler... memang kami kerja tak tau la... macam nak giler, nak patah rasa semua tulang belulang ni...  Tapi kami teruskan dan gagahkan juga. Jadual hari Sabtu memang sangat thrill... Saya, Kula & Nurul (ni 2 orang perantis make-up artist ZZC) pagi pagi lagi dah keluar mekapkan para pengantin. Saya mekapkan Suraya (bertunang) di Kajang, Kula menatarias Nona (Bdr Tun Razak) manakala Nurul ditugaskan mencantikkan Afdzan (Bangi). Team pasang pelamin pula (Ayip, Izmir, Din & Ijal) ke Dewan Seri Delima, Kepong, menyiapkan pelamin & hall deco untuk Zaza yang akan berlangsung majlisnya pada sebelah malam.  Saya pula selesai mekapkan Suraya (anggun & manis dalam persalinan rona merah jambu) terus bergegas ke Kepong menyambung tugas mekapkan Zaza pula. Sempat la bertemu dengan team pasang pelamin sebelum mereka bergegas pula untuk buka pelamin Farah (majlisnya berlangsung 080809 tengahari) di Dewan Taman Ibu Kota, Gombak! Wowww.... pening kan, dan memang meletihkan... 

Tak habis lagi... lepas buka pelamin di Gombak shoot terus ke Shah's Village Hotel, PJ (very cosy & nice place for do ur akad & small reception) untuk set-up pelamin for Yaya (majlisnya berlangsung 090809) Sementara itu... Ader citer lagi... Siti pula masih di Cheras menggubah bunga ros warna merah (sangat cantik) setelah puas menunggu bunga dari pagi hingga ke petang. Sabar je la... minta deliver pagi, petang baru sampai. Bunga ini nak guna untuk Pelamin di Shah's Village. Mama pula sibuk menyiapkan karpet rose (nak guna di Dewan Perdana Felda)  Saya pula selesai menata-rias Zaza & Mujib yang comel terus ke Shah's Village menjenguk apa yang patut. Ayip & Din hampir selesai menyiapkan pelamin apabila saya & Siti (sama-sama pula sampai). Apalagi bunga yang telah siap digubah terus diletakkan di pelamin yang indah itu. 

Sementara itu... Izmir & Ijal pula stand by untuk buka pelamin Zaza (Kepong). Akhirnya perjalanan Sabtu dari seawal pagi (7.00 pagi) berakhir jam 1.30 pagi. Memang kami semua letih litak... balik terus... booommmmm zzzzzz.... Besok nya (Ahad 090809)Kula mendandan Nona yang akan bersanding pada tengahari. Jam 11.00, Din, Izmir & Ijal pula ke Rawang, dismantle pelamin Shidot. Malam jam 8.00 kami semua stand by di Shah's Village untuk dismantle pelamin Yaya. Sempat lagi menjamu selera di A&W (kena belanja diorang ni... baru semangat nak buat kerja). 

Dan berakhirlah minggu yang sibuk... boleh buat realiti TV show kan- The Life of Wedding Planner. He he he... Benda yang paling dirindui... bantal & tilam. Memang tak cukup tidur, letih, penat & segala macam tapi berbaloi melihat pelanggan berpuashati dengan hasil kerja kami. Syukur Alhamdulillah, saya amat berterima kasih kepada seluruh team ZZC yang bertungkus lumus & sangat berdedikasi & komited menyiapkan pesanan pelanggan (Of coz la ade bonus utk semua)... Kemunculan Ramadhan ini memberi rahmat untuk kita beribadat & merehatkan badan (yeala mana ade orang kawin bulan puasa) Juga untuk menyiapkan persediaan untuk majlis lepas raya nanti. 

Terima kasih tidak terhingga kepada semua pelanggan. Tanpa anda siapa lah kami.
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Selamat beribadat & Selamat Berpuasa!

No comments:

Related Posts with Thumbnails